Follow! Jangan Tak Follow!

Rabu, Oktober 27, 2010

Langkah2 Mencegah Jenayah

Kapkunkap... mancing siakap, tepi tingkap.

Hanya gambar hiasan
Pepatah Nepal ada berkata,
"Sebaik- baik penjenayah ialah penjenayah yang mengucapkan terima kasih selepas merompak rumah orang."
Namun perkara sebegini jarang berlaku. Sebaliknya jenayah kerap berlaku walaupun di tengah sepi Gurun Sahara atau di dalam hening Lautan Pasifik. Tak kira betapa besarnya dunia ciptaan tuhan ini, kita pasti akan bersua dengan penjenayah. Sama ada kita disamun penjenayah atau kita yang menyamun penjenayah. Hanya takdir dan waktu yang menentukan.

Pencegahan jenayah bermula dari rumah. Binalah rumah tanpa pintu tingkap. Anda hanya keluar masuk melalui bumbung rumah. Keberangkalian pecah rumah melalui bumbung agak tipis. Atau bina rumah di dalam air. Cuma keluar masuk kena menyelam dan beli tangki oksigen. Modal la sikit demi keselamatan keluarga tersayang.

Sekiranya anda tinggal bersendirian kerana keluarga atau member serumah ada urusan, nyalakan semua lampu walaupun hari siang. Nyalakan juga lilin, pelita, signal motor dan kereta. Kemudian hidupkan suis computer, radio, tv, video games, blender, ketuhar, mesin basuh, seterika, dan periuk nasi elektrik. Akhir sekali, anda duduk dalam bilik dan ketuk tin Milo kuat2.Bunyi rumah yang riuh- rendah macam rumah orang gila menyebabkan penjenayah menyangka ada ramai orang dan tentunya membantut hasratnya untuk merompak secara solo, mendua, trio dan merempat.

Sekiranya anda keluar seorang diri pada waktu malam, ajaklah member serumah anda menemani. Lagi baik kalau ajak sama jiran sebelah menemani. Lagi cantik kalau ajak satu blok rumah flat menemani anda. Kalau anda berjogging seorang diri, pastikan anda mengikut laluan yang berlainan. Kalau semalam jogging bawah pokok, hari ni jogging atas pokok. Esok, jogging dalam kolam. Lusa, jogging dalam longkang. Tulat, jogging di atas landasan monorel.

Sekiranya penjenayah mengacu pisau, chainsaw, pistol atau carbine ke perut anda, anda pura-puralah melatah dan berguling-guling selama 2 minggu tanpa henti. Penjenayah sure boring dan berlalu meninggalkan anda. Dalam menangani kesurvivalan jenayah, kita tidak boleh mengharapkan Superman sahaja. Kita juga tidak boleh mengharapkan selalu pertolongan dari Berukman, Conan, Kamen Rider, Thundercats, Dante dan The No Ordinary Family. Mereka pun ada kehidupan privasi yang perlu kita hormati. Mereka juga ingin bermain dengan anak2 dan tentunya ingin 'bermain' dengan isteri. Sampai bila keamanan bumi bergantung kepada mereka? 

Jadi, penguatkuasaan undang2 adalah jawapan muktamad. Sepandai-pandai tilapia memanjat pokok betik, akhirnya jatuh ke tanah juga. Oleh itu, janganlah cuba melakukan jenayah. Janganlah berenang di dalam kolam yang tak ada air kelak diketawakan oleh itik cacat. Banteras jenayah tanggungjawab bersama. Bukankah cium kaki cekam kiri, ketiak kanan juga berbau?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...