Follow! Jangan Tak Follow!

Khamis, September 30, 2010

Warkah Dari Penjara Foolmental Alchipanist


XYZ... Masihku ingat lagi saat mula tiba di Kota Langit KL. Kau menegurku. Aku tidak mengenalimu. Pertama kali bersua denganmu aku dah rasa menyampah. Wajahmu saling tak tumpah macam makhluk ganjil dalm siri Justirizer. Wajahmu berjerawat batu marmar sampai ke siku, ada hati nak berkenalan denganku. Namun kau tak berputus asa. Kau pandai bermadah tapi tak pandai bermarharban. Kau pandai berkata-kata sebab kau manusia. Kalau kau seekor tapir dah tentu kau tak boleh berkata-kata. Tiap-tiap hari kau umpanku dengan kemewahan. Kalau toman batik umpannya biji sawit, aku pula kau umpankan dengan sebuah lori sawit yang masih baru. Esok pula kau memberi hadiah sebuah forklift. Lusa pula kau hadiahkan sebuah LRT siap dengan landasannya sekali. Aku yang mulanya tak dapat menerima kekasih berwajah Pingu terencat, akhirnya menerima dengan hati yang kejap terbuka, kejap tertutup.

XYZ... Masihku ingat pada harijadiku yang ke 21. Kau tetiba menjerit macam orang giler masa kita dating kat depan Kompleks U Setan. Kau lafazkan kata 'Aku Cinta Padamu' dalam versi 6 bahasa iaitu bahasa Ghana, Austalia, Mongolia, Red Indians, Malaysia, dan bahasa isyarat. Aku maunya tak terkejut chimpanzi. Habis semua orang tengok ita semacam je. Lebih mensuprisekan lagi kau menhadiahiku sekeping tiket penerbangan pergi tak balik-balik ke Tokyo, 6 hari 7 malam. Aku sungguh gembira namun sedih sebab kau tak dapat pergi. Katamu, kau terpaksa menjaga nenekmu yang pantang 69 hari kerana bersalin anak kembar 3. Aku juga diminta untuk membawa sebuah beg sekolah hitam untuk diberikan kepada rakanmu di sana. Aku turut merahsiakan pemergianku daripada pengetahuan keluarga dan member-memberku kerana takut diorang tak kasi.

XYZ... Pagi syahdu dibalut salji. Kapal terbang Angin Asia mendarat di lapangan terbang Makan Awaken Romence, Tokyo. Betapa gembiranya aku menjejakkan kaki ke negara Fujio F. Fujiko. Detik hitam bukan impian pun bermula sewaktu aku di terminal pemeriksaan. Tiba-tiba mesin pengimbas berbunyi, cut... cut...! Power Rangers SPD terus menyerbu dan menangkapku. Rupa-rupanya dalam beg sekolah itu ada dadah jenis heroin seberat 5 kilogram. Aku terkejut. Sesampainya di Balai Polis Nowruto Selatan, aku telah disiasat oleh Detektif Conan. Tiada bukti yang menyokong keteranganku. Aku dihadapkan ke Makhamah Tinggi Dragon Bull, Kitaretsu. Akhirnya aku telah dijatuhi hukuman mati tak hidup lagi. Kau pula terus menghilangkan diri entah ke mana. Kononnya nak jadi Invisible Man la tu.

Ibu dan ayah... Maafkan diriku. Banyak dosaku pada kamu berdua. Mungkin dosaku dah setinggi Gunung Midori No Hibi. Apa kan daya. Nasi dah jadi Dorayaki. Aku diperdaya oleh insan licik sepertimu. Kaulah musang berbulu burung kelicap. Kau menghancurkan masa depanku, masa belakangku dan masa tepiku. Dadah telah memusnahkan hidupku. Dedah juga boleh memusnahkan kehidupan kita, kalau yang bukan muhrim terlihat aurat yang tak sepatutnya. Rakan-rakan di tanah air... Janganlah terperangkap sepertiku. Berhati-hati ketika memilih kawan. Ketahuilah apa yang anda bawa. Sekian, terima kasih dariku yang merindui ibu dan ayah. Namun sepi itu sawan tatkala menghitung ajal di ruang Penjara Foolmental Alchipanist...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...